Hidangan Mee Mengandungi Ulat!

| June 11, 2013 | 0 Comments

Pernahkah hal ini terjadi kepada anda di mana hidangan yang dipesan di restoran mengandungi benda-benda pelik seperti kulit telur, berenga, dawai kokot, cebisan penggosok pinggan dan bermacam lagi.  Jika hal ini pernah terjadi kepada anda, bermakna restoran tersebut sememangnya tidak mementingkan kebersihan.

Awaslah ketika memilih kedai makan untuk menjamu selera kerana jika tersalah langkah, bukan sahaja benda-benda pelik itu masuk ke perut malah ada juga yang terkena santau.. bagaimana jika ini terjadi?  Lebih masak sendiri, lebih diyakini akan kebersihannya.

 mee_ulat

Jijik…ulat yang dijumpai di dalam hidangan mee goreng mamak

Memualkan. Begitulah keadaan dialami sebuah keluarga apabila dihidangkan mi goreng ayam berulat ketika mahu menjamu selera di sebuah restoran mamak terkenal di kawasan peranginan Tanjung Piai, Pontian Kecil, Johor.

Anuar@Jaffar Jema’at, 44, berkata, mereka sekeluarga singgah di restoran itu ketika menghabiskan cuti sekolah bersama anak-anak di situ.  Menurutnya, mereka kemudiannya memesan tiga hidangan mi dan maggi goreng ayam.

“Makanan sampai satu-satu, tapi isteri saya terima  dan makan dahulu. Tetapi alangkah terkejut apabila dia lihat beberapa ulat keluar daripada celah mi goreng dan ayam di dalam pinggannya.

“Malah, ketika hidangan maggi goreng ayam dan mi goreng dipesan saya serta anak sampai, kami dapati makanan itu turut berulat. Walaupun tiada keracunan makanan, tetapi bimbang disebabkan kejadian itu, anak isteri trauma makan makanan goreng,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, ulat-ulat itu dipercayai datang daripada ayam goreng yang tercemar dan kotor, tetapi tetap dijual.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati kemudiannya memanggil pengurus dan penyelia, namun hanya pekerja warga Bangladesh mengendalikan restoran itu.

“Saya tanya di mana pengurus, mereka kata tidak ada. Kemudian saya minta nombor telefon sebelum seorang lelaki juga rakan pengurusnya datang. Mereka langsung tidak ada penyelia dan wakilkan orang lain selesaikan aduan.

“Saya minta segala dokumen berkaitan pendaftaran restoran itu bagi tujuan rekod serta laporan polis,” katanya.

Anuar berkata, dia kemudiannya membuat laporan polis dan aduan di pejabat kesihatan bagi mengelakkan perkara sama berlaku lagi. Anuar juga membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Selangor dan dicadangkan membawa perkara itu kepada mahkamah sivil.

Menurutnya, kementerian kesihatan dan pihak berkuasa tempatan perlu bertindak tegas kerana difahamkan, bukan sekali masalah itu berlaku di restoran tersebut.

Sumber  :  Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Isu Semasa

About the Author ()

Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal...

Leave a Reply