Mari Bebaskan Simpulan Syaitan Di Kepala Kita

| June 2, 2013 | 0 Comments
Para pembaca, seperti yang kita sedia maklum bahawa tatkala kita tidur sang syaitan akan cepat-cepat membuat tiga simpulan khas di kepala kita.
doa_tidur
Berdoalah sebelum dan sesudah bangun daripada tidur
Sebagaimana telah diriwayatkan oleh  Abu Hurairah RA bahawa  Rasulullah SAW bersabda :
“Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam”.
Namun begitu, ketika terbangun lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah SWT, maka lepaslah satu simpul.  Seterusnya, jika kita mengambil wudhu’,  maka lepas lagi satu  simpulan.  Kemudian,  jika kita bersolat terbukalah seluruh simpul.
Seterusnya,  waktu bangun pagi yang dihadapi  akan berasa penuh semangat dengan badan yang segar dan sihat. Jika tidak, kita akan bangun pagi dengan perasaan serba tidak kena  dan malas.
Oleh itu, jangan sesiapapun mengabaikan solat Subuh dan solat-solat wajib yang lainnya.  Mari kita rungkaikan ikatan syaitan yang mengikat kita semasa kita sedang tidur. Mari kita amalkan juga doa-doa sebelum melelapkan mata dan sesudah terjaga daripada tidur.
Ayuh, mari kita amalkannya supaya syaitan marah dan kecewa!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Uncategorized

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply