Penjara Yang Paling Banyak Memakan Korban Di Dunia

| May 15, 2013 | 0 Comments
Tahukah anda Amerika Syarikat merupakan negara yang pernah menguruskan jutaan banduan selain mengorbankan banyak nyawa atas hukuman yang dikenakan ke atas banduan-banduan bagi pelbagai kesalahan.
Keadaan tinggalan penjara tersebut dilihat menyeramkan kerana kedudukannya di tengah-tengah hutan di daerah Brazil. Gambar-gambar lama yang dipaparkan menunjukkan keadaan penjara ini suatu masa dulu.
Mungkin negara Amerika Syarikat boleh ‘berbangga’ dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu.
Namun, negara Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) turut mempunyai penjara yang paling menakutkan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).  Penjara ini juga telah menelan banyak nyawa di sana.
penjara_Seram3

Pemandangan penjara yang pernah menempatkan ribuan manusia

penjara_seram

Pemandangan penjara yang terletak di dalam kawasan hutan

Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi).  Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953.
Selama beliau berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).
Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjara Gulag ini tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. di mana jumlah banduan yang menemui ajal mereka di penjara ini adalah 7  kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana.
Kekejaman di penjara Gulag semakin dahsyat  kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia di mana suhunya amat sejuk.  Pastinya banduan-banduan di situ tersiksa kerana kebuluran dan pakaian yang tidak mencukupi.
penjara_seram1
Mayat-mayat banduan bergelimpangan
penjara_seram4
Bilik yang menjadi tempat penginapan banduan suatu ketika dahulu
Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan turut dikerah sebagai buruh paksa.  Kemudiannya,  mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.
penjara_seram5
Ramai banduan yang mati di penjara kayu ini
Seterusnya, penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, sebahagian besar tinggalan penjara tersebut masih boleh dilihat seperti bekas-bekas runtuhan bangunan di situ. Rel-rel keretapi yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih berada di situ.
tren_banduan
Keretapi yang pernah menjadi pengangkutan utama untuk mengangkut banduan
Keseluruhan paparan ini, menjadi salah satu saksi bisu bagi setiap kematian para tahanan, kebanyakan dari mereka yang melompat dari keretapi tersebut  ketika hendak dibawa ke dalam penjara.
Kini, semuanya tinggal sejarah.  Hanya jika ada yang masih hidup sahaja yang masih mampu menceritakan akan keperitan di waktu itu.  Kekejaman pemimpin dapat dilihat dengan jelas melalui paparan-paparan ini. Andai kata manusia berakhlak baik, penjara pun tidak akan wujud..fikir-fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Pelik

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply