Berwajah Ngeri Namun Hatinya Tabah

| May 9, 2013 | 0 Comments

cekal

Terri Calvesbert…wajahnya yang terbakar teruk meninggal parut kekal

Wajah remaja ini jika dilihat memang agak menakutkan.  Beliau mengalami kecacatan kekal akibat satu insiden kebakaran yang tidak disangkakan ketika dirinya masih bayi.  Namun, itulah takdir yang menimpa Terri Valvestbert.

Ketika masih bayi, remaja ini terbakar teruk dalam satu kejadian ngeri, tetapi kini dia mampu membanggakan bapanya ketika dia bersedia untuk memulakan pengajian di kolej.  Terri Calvesbert telah kehilangan rambut, bibir, hidung, semua jari dan kaki kirinya selepas api memusnahkan bilik tidurnya pada November 1998.

Di sebalik kecacatan tersebut Terri sebenarnya seorang wanita yang tabah hatinya.  Terri mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun dirinya cacat.

.

cekal1

Menderita…si kecil ini menderita akibat kecuaian si ibu

Bapanya, Paul Calvesbert berkata, dia tidak yakin Terri yang ketika itu berusia 23 bulan, dapat bertahan akibat kecederaan parah berkenaan. Bagaimanapun, Terri dapat membuktikan dia seorang budak yang kuat.

Justeru, kini Calvesbert, 40, teruja melihat Terri, 16, bersedia sepenuhnya untuk memulakan babak baru dalam hidupnya selepas menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Westbourne.

Calvesbert dari Ipswich, Suffolk berkata, melihat  Terri menamatkan pengajian di sekolah itu sangat bermakna dalam bagi dirinya. “Saya tidak pernah terfikir dapat melihat Terri memulakan persekolahan, apa lagi sehingga ke peringkat ini,” katanya.
cekal2
Terri sewaktu kecil selepas insiden kebakaran tersebut
Selepas insiden malang berkenaan, kata Calvesbert, dia membayangkan Terri tidak sempat membesar, namun anaknya itu membuktikan dia sebenarnya individu yang luar biasa hebat.
Bagi Calvesbert, Terri adalah seorang ‘pejuang’. Terri pula mengakui bahawa dia berdepan dengan ketakutan ketika mula bersekolah. Namun, katanya, dia menjalin persahabatan dengan ramai orang dan mereka sentiasa menjaganya. Kini, dia bersedia menyahut cabaran baru dalam hidupnya apabila memilih kajian haiwan di Kolej Otley, dekat Ipswich.
Katanya, dia selalu ingin bekerja di hospital atau menjadi pemandu ambulans supaya dapat membantu orang ramai.  “Mungkin sebab saya menghabiskan banyak masa di Hospital Broomfield ketika saya kecil,”  katanya. 
Kemudian, kata Terri, dia berminat bekerja dengan kanak-kanak sebelum menyedari adalah lebih mudah menguruskan haiwan berbanding kanak-kanak.
Terri baru saja beberapa hari menyambut ulang tahun kelahirannya apabila kebakaran berlaku yang berpunca daripada puntung rokok ibunya, Julie Minter. Kebakaran berkenaan menyebabkan 90 peratus tubuh Terri melecur, manakala muka, kulit kepala, leher, dada, belakang dan kedua-dua kaki serta tangannya parah.
Terri perlu menjalani lebih banyak pembedahan selepas ini apabila doktor bersedia membentuk semula mukanya menjelang usia 18 tahun.
Kisah Terri ini boleh kita jadikan iktibar di mana sekuat manapun kita diuji, tabahlah mengharungi kerana di dalam kekurangan itu akan ada terselit kelebihan diri.  Fikir-fikirkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Uncategorized

About the Author ()

Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal...

Leave a Reply