Fadhilat Berwudhuk Sebelum Tidur

| April 14, 2013 | 0 Comments

Apakah anda sering mengamalkan berwudhuk setiap kali sebelum tidur?  Amalan berwudhuk sebelum tidur sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita mengabaikannya.  Khasiatnya cukup banyak kepada sesiapa yang menjadikannya sebagai amalan sebelum tidur.  Berhubung ajan hal ini,

 Rasulullah SAW  telah bersabda:  “Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwudhuk) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap “Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana dia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar RA).

Berwudhuk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhuk sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Inilah Hikmah Berwudhuk :

Sebagaimana yang kita ketahui, sudah pastinya setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan di sebaliknya.

wudhuk

Dengan berwudhuk tubuh kita akan berasa segar

Setiap kali kita berwudhuk, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhuk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Tentu kita tidak pernah terfikir akan hal yang betul-betul luar biasa ini!.

Perintah untuk berwudhuk sangatlah besar faedahnya bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dengan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga hinggalah  membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur?  Untuk pengetahuan para pembaca, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki, mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.  Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat Berwuduk Sebelum Tidur :

1. Dengan berwudhuk dapat menenangkan otot-otot sebelum berehat.  Dapat dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhuk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku setelah melakukan pelbagai aktiviti. Kesan positifnya madalah jika seseorang itu telah melakukan wudhuk, maka fikiran kita akan terasa tenang.  Begitu juga badan tidak akan terasa letih.

2. Mencerahkan kulit wajah. Wudhuk dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

3 Orang yang menjaga wudhuknya akan sentiasa didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah.

Oleh yang demikian, wajarlah kita menjaga wudhuk yang memberi banyak manfaat kepada seluruh umat Islam.  Fikir-fikirkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Agama

About the Author ()

Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal...

Leave a Reply