Awaslah! 6 Jenis Dosa Yang Allah Tidak Ampunkan Kecuali…

| March 25, 2013 | 0 Comments
Semua manusia membawa dosa-dosanya sendiri.  Tiada seorangpun tidak berdosa melainkan Nabi Muhammad SAW kerana baginda bersih daripada sebarang dosa.  Pelbagai jenis perlakuan yang boleh mendatangkan dosa sepanjang kehidupan kita di dunia ini.  Namun begitu, ada 6 dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT tetapi hanya boleh diampunkan olehNya apabila dimaafkan oleh manusia.
dosa
Baiklah, mari kita hayati sejenak apakah jenis dosa-dosa yang dimaksudkan itu.
1.  Makan harta anak yatim secara haram.
Bab memakan harta anak yatim atau mengambil hak-hak anak-anak yatim sangatlah besar dosanya.  Bagi si pelaku yang telah memakan harta anak yatim akan terhapus dosanya jika si pemakan harta anak yatim  membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut.
Hanya sekiranya anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah si pelaku boleh bertaubat kepada Allah SWT.  Seandainya anak  yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak akan terhapus.
2. Menuduh wanita solehah melakukan zina.
Seterusnya, bagi orang yang menuduh wanita solehah melakukan perzinaan, maka hendaklah dia memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sebaliknya, jika wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allaah SWT .
3.  Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga Allah, dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sangat besar sehinggalah Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk mengampunkan kesalahan tersebut.
4.  Melakukan sihir.
Bagi orang-orang yang melakukan perbuatan sihir,  tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah syahadah.
5.  Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT  menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakanNya.
6.  Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Dosa yang keenam ini pula bagi mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka kelak. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam di Madinah.
Oleh itu,  marilah kita bersama-sama muhasabah diri akan hal ini jika sekiranya kita tergolong dalam mana-mana daripada enam jenis dosa yang disebutkan di atas.  Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun dan hanya Dia yang akan mengampuni dosa-dosa kita yang diibaratkan seperti buih-buih dilautan.  Wallahhua’lam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Agama

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply