Hukum Menyimpan Kuku Panjang

| February 6, 2013 | 0 Comments

Menyimpan kuku panjang dalam kalangan wanita Muslim kini seolah-olah menjadi satu gaya masa kini.  Berkuku panjang juga bukanlah perkara baru sebenarnya tetapi sejak dahulu pun kebanyakan orang gemar atau sengaja menyimpan kuku panjang.

kuku_pnjg

Berkuku panjang bukanlah gaya wanita Muslim

Ada yang  menyimpan kuku panjang di jari kelingking sahaja atau ibu jari mahupun kesemua jari-jemari.  Tahukah para pembaca bahawa menyimpan kuku panjang ini juga merupakan dosa kerana dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi.

Jika menyimpan kuku pada kesemua jari, bermakna kita seolah-olah membela  berapa kandang babi@khinzir? Potonglah kuku agar kebersihan lebih terjamin.  Elakkan menyimpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya di jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak menampakkan kesucian dan ianya juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

kuku_panjang

Elakkan memelihara kuku hingga panjang bagi menjaga kebersihan

Seterusnya, bagi orang Melayu dan beragama Islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil, culas untuk solat dan mendengar kata  akibat diberi makan bahan kotor yang berada pada kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,  menguli tepung, memasak nasi dan sebagainya.  Yang paling dirisaukan adalah jika mengambil wudhuk, dikhuatiri air tidak sampai pada bahagian bawah kuku.

Sebenarnya, berkuku panjang memudahkan sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli merebak. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

Mudah kata, marilah kita ikut sunnah Rasulullah SAW dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas.  Terdapat beberapa maksud hadis yang berkaitan kuku ini. :

Dari Abu Hurairah R.A. berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.  (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Marilah kita sama-sama mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dengan sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri juga keluarga.  Anda pernah dengar  orang tua-tua berkata “Jika nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya  tengok kukunya”… Fikir-fikirkan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply