Wajah-wajah Mumia Yang Ditanam Hidup-hidup

| January 28, 2013 | 0 Comments

Sejarah Mesir purba sememangnya sinonim dengan kewujudan piramid dan firaun. Penyelidikan berterusan yang dijalankan ahli pakar arkeologi negara itu berjaya membongkar pelbagai kisah dalam sejarah keagungan Mesir purba yang mengagumkan.

Ahli sejarah Mesir juga tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kajian firaun bagi mencari jawapan kepada pelbagai misteri yang wujud di sebalik setiap mumia yang ditemui.  Analisis yang dibuat mendapati Mumia Mesir yang ditemui dengan wajah yang membayangkan kesakitan amat sangat itu dipercayai mumia Putera Pentewere, suspek yang disyaki merancang pembunuhan ayahandanya, Firaun Ramses III.

Mumia berkenaan ditemui dalam keadaan rahangnya yang terbuka luas dan wajah kesakitan yang ditunjukkan, membingungkan penyelidik.

Seterusnya, sejarah penemuan mumia di Mexico ini pula mempunyai sejarah tersendiri.  Sekitar tahun 1833, Mexico mengalami wabak taun yang sangat teruk.  Oleh yang demikian, ribuan kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak Mexico menjadi mangsa penyakit taun ini.

Undang-undang di Mexico pada masa itu menyatakan bahawa cukai kubur terpaksa dibayar oleh keluarga si mati dan jika sekiranya cukai kubur tidak mampu dibayar, maka mayat manusia akan dikubur dan disimpan, sehingga cukai telah dibayar sepenuhnya. Ini mengakibatkan mereka yang tidak mempunyai waris, mayat mereka disimpan oleh pihak kerajaan.

Seterusnya, keadaan iklim yang kering dan keadaan tanah juga dikenalpasti punca mengapa mayat tidak mereput dan menjadi mumia secara semulajadi.  Sehinggalah pada lewat 1990-an kerajaan mula menjadikan mumia ini sebagai tarikan pelancong untuk tatapan seluruh dunia.
1_mumia
Mumia ini kelihatan sangat ngeri keadaannya
Beberapa mumia yang dipamerkan itu telah membuktikan  yang mereka ditanam hidup-hidup!. Terdapat begitu banyak mangsa yang dikebumikan semasa wabak taun sementara bagi golongan yang sakit  telah ditanam sebelum mereka  meninggal dunia. Kejam memang kejam!.
4_mumia
3_mumia
Mumia dengan wajah berkerut, mulut terbuka seolah-olah menjerit kesakitan yang teramat sangat
Berdasarkan raut wajah mumia-mumia ini yang ditemui menunjukkan betapa mereka mengalami  kesengsaraan, sangat azab dan kecewa. Sesetengahnya pula yang telah ditanam hidup-hidup didapati menutup muka mereka dengan tangan dan banyak  tanda calar-balar pada badan mereka.  Hal ini mungkin disebabkan oleh perjuangan mereka untuk melarikan diri dari kubur masing-masing setelah dikuburkan dalam keadaan masih lagi hiudp.  wajah pada mumia ini menunjukkan  paparan mengerikan dan menyeramkan pada sesiapa yang yang memandang.
Sebenarnya, tidak semua mayat-mayat yang disebabkan oleh wabak taun. Salah mumia yang bernama Ignacia Aguilar yang mengalami keadaan jantung yang berhenti tiba-tiba.  Hakikatnya, Ignazia melalui satu pengalaman pahit bagi dirinya apabila jantungnya  berhenti lebih lama daripada biasa.
Oleh yang demikian, keluarganya telah menganggap dia mati lalu mereka mengkebumikannya.  Namun, setelah lama tertanam, mayatnya ditemui dengan keadaan yang luar biasa di mana Aguilar telah didapati cuba bangkit dengan lengan kemukanya dan telah menggigit  daging lengannya.  Selain itu. terdapat darah di dalam mulutnya dan tubuh badan juga calar-balar.   Sungguh menyedihkan apabila  dia mengetahui dirinya ditanam hidup-hidup dan terperangkap, maka Ignacia Aguilar cuba untuk membunuh diri.
8_mumia
Deretan mumia kana-kanak yang turut ditemui
6_mumia
Mumia seorang kanak-kanak yang mati akibat taun
pamer_mumia
Mumia dipamerkan dalam kotak berkaca untuk tatapan pelancong
Sesungguhnya perbuatan sebegitu adalah perbuatan yang sangat tidak bertamadun.  Jalan yang paling mudah diambil adalah dengan menanam pesakit-pesakit hidup-hidup supaya cepat menemui ajalnya.  Kesan pada wajah mereka masih boleh dilihat sampai ke hari ini.  Kejam bukan perbuatan mereka?  Renungkanlah sejenak…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Pelik

About the Author ()

Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal...

Leave a Reply