Kisah Tragis Landasan Keretapi Maut

| January 17, 2013 | 0 Comments

Anda masih ingat dengan sejarah landasan keretapi berdarah?  Ya..sejarah dan kisah tragis ini berlaku sekitar tahun 1880-an dahulu iaitu kira-kira 130 tahun yang lalu.   Sepertimana yang diketahui, sepanjang tempoh pembinaan landasan ini, tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal.  Itulah yang boleh diibaratkan kepada buruh-buruh paksa tersebut.

tren7

Landasan yang dalam pembinaan

tren3

Laluan landasan yang dibina berhampiran gunung batu

Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer yang merangkumi 60 stesen dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.

Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang.

tren6

Dalam kenangan..buruh paksa ramai yang menemui maut

tren4

Kematian yang tiada bernisan

Seterusnya, antara negara-negara Asia yang terlibat adalah datang dari Burma, Jawa, dan Tanah Melayu.  Kemudian, pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.  Kemudian pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.

Oleh yang demikian, tahanan perang digunakan oleh pihak Jepun bagi merealisasikan impian mereka dalam mencapai kejayaan semasa zaman peperangan tersebut.  Tenaga dan kudrat telah dikerah sepenuhnya siang dan malam.

Fakta  :
Bilangan pekerja landasan keretapi maut  dari Asia  :  72,000
Selamat pulang  :  30,000
Selebihnya   :  Ditimpa penyakit, kebuluran atau dihukum hingga mati.

tren8

Dikerah bekerja siang dan malam untuk memastikan matlamat tercapai

tren_maut

Ramai yang menanggung sengsara akibat pelbagai penyakit

tren_maut3

Ribuan kubur para pekerja disemadikan

Kebanyakan tahanan yang meninggal dunia disebabkan berbagai penyakit antara lain seperti taun, malaria, beri-beri dan keletihan. Hukuman fizikal bagi mereka yang dinilai kerana lalai dalam kerja atau melakukan kesalahan diperlakukan dengan sangat kejam dan sebagai hukuman mereka yang sakit dan tidak dapat bekerja tidak akan diberi makanan.

Sekitar tahun 1942-1943, kebanyakan tahanan perang terpaksa membina landasan keretapi ini hidup dalam keadaan yang dahsyat.  Tahanan bekerja di bawah kudrat yang melampau.  Keadaan kerja yang begitu teruk di samping menerima seksaan dari pihak Jepun.
Alatan yang Digunakan
Alatan yang digunakan untuk menggali tanah dan batu pada kedalaman 20 meter dengan hanya peralatan yang terhad. Mereka menggunakan tukul seberat 8 paun, batang paip keluli, bahan letupan dan penyodok. Sebahagian besar bahan buangan telah dikeluarkan oleh tangan yang menggunakan bakul rotan dan guni beras yang digantung antara dua tiang.
tren5
Jenis-jenis alatan digunakan
Kemungkinan rekod kematian sebenar yang dicatatkan adalah lebih tinggi daripada apa yang direkodkan.  Tekanan dari pihak Tokyo memaksa tentera-tentera Jepun memaksa ribuan buruh untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan landasan.  Tenaga manusia dikerah tidak henti-henti.
Begitulah antara kisah tragis yang menggambarkan penderitaan sepanjang pembinaan laluan keretapi maut ini.  Nyawa ketika itu ibarat tidak berharga kerana yang penting matlamat tercapai.  Kelemahan pertahanan sesebuah negara terutamanya negara-negara Asia ketika itu memaksa keadaan sedemikian terjadi. Kesusahan penduduk Tanah Melayu ketika itu juga memaksa rakyatnya menyertai projek “berhantu” tersebut atas paksaan.   Malah, masih terdapat lagi segelintir buruh paksa yang masih hidup dan mereka mampu menceritakan detik-detik sengsara itu.
Kesimpulannya, penderitaan yang mereka alami mungkin meninggalkan trauma yang berpanjangan dalam hidup mereka yang terlibat hingga ke akhir hayat.. fikir-fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply