Lokasi Berhantu Di Malaysia

| December 7, 2012 | 0 Comments

Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu dan berpenunggu di Malaysia.  Hal ini mungkin disebabkan terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai. Lokasi-lokasi seperti lebuhraya, bangunan, rumah, tasik, laut, sungai dan sebagainya didakwa berpenunggu oleh sesetengah orang.

Lebuhraya Karak

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa sehingga kini.

Terowong Karak menyimpan seribu cerita misteri


Banglo Mona Fandey

Banglo ini yang pernah didiami oleh seorang artis tidak begitu terkenal tanah air iaitu Mona Fandey. Beliau juga merupakan seorang bomoh. Mona Fandey dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.  Dalam kejadian kejam tersebut, seorang ahli politik telah dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam secara rahsia.  Penghujung hayat ketiga-tiga mereka adalah di tali gantung!.

Rumah Mona Fandey yang dikatakan berpenunggu..benarkah?

Apartment Highland Tower

Highland Tower suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi telah berlaku di mana suatu runtuhan dahsyat telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yang di jumpai dan selebihnya pula masih terkubur di kawasan tersebut.

Sebilangan penghuni di kondo ini menemui maut akibat runtuhan

Apartment Di Genting Highland

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana kerana beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang begitu sahaja apabila sampai ke tanah.  Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini.

Sesetengah pengunjung dikatakan melihat kelibat roh orang membunuh diri

Malay College Kuala Kangsar

Sekolah elit ini pernah dijadikan sebagai markah tentera Jepun suatu ketika dahulu.  Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengar bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor sekolah. Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu di mana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang digantung di pokok berkenaan.

Ketika  sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka semasa zaman dunia ke-2. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk menjalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang mereka. Terdapat juga banyak terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan.

Sekolah elit ini terletak di Kuala Kangsar, Perak

Kawasan yang dikatakan paling berhantu di sekolah ini adalah sebuah  gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

Namun, sejauh manakah kebenaran dakwaan lokasi-lokasi berpenunggu ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.  Mungkin banyak lagi lokasi-lokasi lain di Malaysia yang berpenunggu dan menakutkan.  Jika anda berani dan ingin mencabar keberanian diri, apa kata jika anda cuba “berkampung” buat semalam dua di mana-mana lokasi pilihan anda.  Anda berani?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply