Haiwan Pelik Yang Mendiami Sg. Amazon

| December 6, 2012 | 0 Comments

Sungai Amazon terletak yang berlokasi di Amerika Selatan merupakan sungai yang kedua terpanjang di dunia selepas Sungai Nil di Afrika (terpanjang di dunia). Sungai ini  yang mempunyai lembangan saliran terbesar di dunia iaitu kira-kira satu perlima daripada jumlah aliran sungai di dunia ini.

Sungai Amazon sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri bagi para pengkaji sains kerana di dalamnya terkandung segala macam misteri spesis haiwan pelik dan ganas yang jarang-jarang ditemui pada mana-mana sungai di dunia ini.  Apakah yang membuatkan sungai ini begitu popular?

Sungai Amazon yang berliku-liku

Kedudukan Sungai Amazon yang terletak di Amerika Selatan

Sebenarnya, kehadiran pelbagai haiwan pelik dan ganas lah yang mengangkat nama sungai ini.  Antara jenis-jenis haiwan yang menghuni Sungai Amazon adalah ular raksasa atau anaconda, ikan piranha yang ganas, jenis-jenis ikan dengan rupa bentuk pelik serta berbagai lagi haiwan lain.

Ular Anaconda

Anaconda adalah ular besar yang mendiami Sungai Amazon.  Nama Anaconda cukup popular sehingga difilemkan di Bollywood seperti Anaconda : Hunt for The Blood Orchid (1997) , Anaconda : The Offspring dan Anaconda  : Trail of Blood yang ditayangkan pada tahun 2008. Ular pembunuh terbesar di dunia ini menghuni Sungai Amazon dan ditakuti oleh segolongan manusia kerana ianya mampu membunuh manusia dalam beberapa saat sahaja sebelum ditelan!.

Ular raksasa yang popular seluruh dunia

Ular ini tergolong dalam keluarga Constrictor Boa dan menjadikan sungai ini rumah tetap mereka.  Anaconda tinggal berhampiran sungai, tasik dan paya dan suka hidup bersendirian. Air adalah kaedah meloloskan diri  apabila mereka berhadapan dengan bahaya. Haiwan ini tidak suka menyerang tetapi jika ianya diganggu, awas…tindakbalasnya sukar diduga.  Anaconda memakan haiwan amfibia, seperti katak,  ikan,  burung, itik serta penyu.

Saiz purata satu ini ular-gergasi adalah 6.1 m (20 kaki) panjang dan beratnya mencecah 148,5 kg (300 paun). Anaconda menghabiskan masa mereka di perairan gelap yang menjadi habitatnya.

Ikan Piranha

Piranha adalah sejenis ikan air tawar dari kategori karnivor yang hidup di sungai-sungai sekitar Negara Amerika  Selatan . Ikan ganas ini terkenal dengan giginya yang tajam dan pemakan daging. Piranha mempunyai kepanjangan kira-kira 14 hingga 26 cm panjang (5.5-10.25 inci), namun terdapat sesetengah spesisnya mencecah hingga 43 cm (17.0 inci) panjang.

 

Barisan gigi piranha yang menakutkan

Ikan ini gemar makan daging

Hampir semua ikan piranha mempunyai baris  gigi tajam pada kedua-dua rahang,  dan digunakan untuk merincih daging.

Katak Beracun

Katak beracun ini dilengkapi dengan sejenis lendiran beracun.  Sesetengah masyarakat di sana akan mengambil lendiran racun ini untuk melumuri anak-anak panah mereka.  Jika anak panah ini diluncurkan kepada mana-mana haiwan, dikatakan terus membawa maut.  Terdapat juga dakwaan yang mengatakan dengan hanya satu sentuhan manusia pada badan katak ini akan boleh membunuh.  Katak ini juga berupaya untuk melompat hingga ketinggian 2 meter iaitu 50 kali lebih panjang dari tubuhnya.

Katak ini kelihatan cantik…tapi awas lendir beracunnya cukup berbisa

Ikan Keli Raksasa

Sungai  Amazon turut “menyimpan” sejenis ikan keli terbesar di dunia.  Dikatakan terdapat lebih daripada 2,800 spesis ikan yang pelbagai di sungai istimewa ini. Dan hamper setengah daripada sepsis-spesis ikan ini adalah dari keluarga ikan keli.  Namun, ikan jenis ini bukan sahaja terdapat di Sungai Amazon malah seluruh dunia, cuma yang terbesar boleh ditemui di sungai ini.

Kepanjangan ikan keli ini hampir menyamai tubuh manussia dewasa

Sebenarnya terdapat banyak lagi haiwan-haiwan istimewa yang menjadi penghuni Sungai Amazon. Sungai ini menyimpan seribu misteri yang mungkin masih lagi belum ditemui dan dikaji. Jika diberi kesempatan, adakah anda mahu menyusuri sungai yang kedua terpanjang di dunia ini?  Bagi para pecinta alam semula jadi tentu sekali tidak mampu melepaskan peluang bukan?  Jika sungai ini bertempat di Malaysia, pastinya negara kita akan menjadi perhatian seluruh dunia..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply