Jenis-jenis Tumbuhan Pelik Di Dunia

| November 25, 2012 | 0 Comments

Pelbagai jenis tumbuhan pelik telah ditemui seluruh dunia.  Terdapat di antaranya kita tidak pernah melihatnya sama sekali sebelum ini kerana ianya merupakan penemuan baru.  Bentuk fizikal bunga-bungaan ini sememangnya pelik dan ada antaranya agak menakutkan.  Namun, segala kejadian ini adalah hak Maha Pencipta kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmah dan faedah dijadikan setiap sesuatu itu.

Dunia ini juga penuh dengan keajaiban alam semulajadinya samada jenis tumbuhan berbahaya dan beracun, menarik kerana haruman yang dimilikinya sehinggalah tumbuhan yang mempunyai bau yang menjijikkan.

Tree of Life
Walaupun rupanya agak pelik, tetapi ia merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang sangat menakjubkan. Pokok yang mempunyai pelbagai gelaran ini merupakan pokok kebangsaan bagi negara Madagascar. Antara gelaran yang diberikan kepada pokok ini adalah “tree of life” atau pokok kehidupan kerana ia mampu memberikan makanan, minuman, pakaian dan tempat berteduh kepada manusia dan juga haiwan. Buah dari pokok ini diberi nama monkey bread atau roti monyet dan mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi.

Pokok ini kelihatan pelik namun memberi banyak faedah kepada hidupan lain

Sepanjang kehidupannya, pokok ini memang tidak berdaun.  Hal ini menyebabkan dahan dan ranting pokok ini kelihatan seperti akar pokok. Oleh yang demikian, pokok ini juga dikenali sebagai “upside down tree” atau pokok terbalik.

Titan Anum atau Bunga Bangkai
Mengapakah tumbuhan ini mendapat gelaran bunga bangkai? Titan Anum ini merupakan bunga yang sangat besar dan hidup subur di Hutan Hujan Sumatra.  Nama saintifik bunga ini adalah Amorphophallus titanum dan disebabkan baunya yang sangat busuk, ianya diberi gelaran “Corpse Flower” atau Bunga Bangkai.

Bunga ini kelihatan cantik namun berbau busuk

Bunga ini boleh disifatkan juga kepada mana-mana wanita cantik tetapi mempunyai tingkah laku yang buruk.  Janganlah mana-mana pembaca wanita di sini disifatkan seperti sifat bunga ini ya!.

Lily Snake
Tumbuhan ini pula kelihatan seperti yang sering kita lihat dari filem sains fiksyen, Darcunculus Vulgaris nama saintifiknya.  Bunga ini juga juga turut dikenali sebagai Arum Dragon, Voodoo Lily atau Lily Snake. Pokok ini berasal dari Greece dan di bahagian Selatan Barat Anatolia. Baru-baru ini telah dibawa ke Amerika dan ianya juga boleh di dapati di Oregon, California dan Tennessee.  Spesies ini mempunyai hood ungu yang besar dan menarik. Namun begitu, ianya mempunyai bau yang sangat tidak menyenangkan bagi manusia.

Lily Snake kelihatan menarik dan pelik

Kaktus Buah Naga
Di Malaysia, buah naga baharu menjadi buah popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun ianya telah lama berada di pasaran dunia. Semua orang pasti kenal dengan buah naga kan? Tapi tahukah anda buah naga adalah buah kepada sejenis pokok kaktus.  Nama saitifik bagi buah naga adalah Hylocereus undatus berasal dari Amerika Selatan tetapi ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia.Tumbuhan juga sudah mula ditanam secara komersial di Malaysia dan sudah mendapat tempat di kalangan rakyat tempatan malah sudah terdapat pengusaha pertanian yang menanam tumbuhan ini kerana buahnya dikatakan mempunyai nilai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

Drosera atau Embun Matahari

Tumbuhan unik ini mempunyai jejari khas yang memerangkap serangga kecil

Tumbuhan unik ini mempunyai  jejari-jejari yang boleh digunakan untuk memerangkap serangga. Ia juga dikenali dengan nama Drosera yang merupakan perkataan Latin yang sama maksud dengan Sun Dew.  Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud  Embun Matahari.

Bunga Rafflesia
Bunga ini pula tergolong dalam bunga parasit yang ditemui oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1818 semasa ekspedisi melalui hutan hujan di Sumatera, Indonesia.  Bunga ini memiliki lima kelopak bulat besar dan dapat tumbuh hingga lebih dari 100 sentimeter. Namun, tumbuhan yang bernama Rafflesia ini berbau seperti daging busuk.  Sifat tumbuhan ini merupakan satu taktik untuk menarik serangga seperti lalat atau kumbang bangkai untuk tujuan pendebungaan.

Bunga yang pelik begini mempunyai bau yang busuk pula


Venus Terbang atau Bunga Perangkap

Tumbuhan ini pula kelihatan menakutkan kerana bentuknya yang mempunyai gigi-gigi tajam.  Bentuk ini amat sesuai dengan sifatnya kerana ianya sejenis tumbuhan karnivor, di mana ia makan serangga. Nama saintifiknya adalah Dionaea muscipula.

Lihatlah pada gigi-gigi tumbuhan ini..pastinya tangkas menangkap serangga

Venus terbang perangkap karnivor  ini mempunyai warna yang mampu menarik serangga-serangga kecil.  Dua tumbuhan berengsel daun ini dilindungi dalam rerambut sensitif ultra halus yang mengesan kehadiran setiap benda seperti semut atau kumbang kecil. Jika ada serangga yang menyentuh bulunya, habislah dimakannya!

Sebenarnya banyak lagi tumbuh-tumbuhan pelik di dunia ini dan setiap satunya kelihatan sangat unik dan hanya boleh ditemui pada lokasi-lokasi tertentu sahaja. Apapun jua bentuknya, tetapi kita harus ingat setiap kejadian yang dijadikan Tuhan pastinya mempunyai kebaikan tersendiri yang tidak kita ketahui. Fikir-fikirkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Pelik

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply