Makanan Esotik Yang Unik di Asia

| November 22, 2012 | 0 Comments

Anda gemar makan? Makanan bagaimanakah yang menjadi pilihan anda..dan adakah anda penggemar makanan esotik? . Pelbagai jawapan boleh anda beri. Namun, bezanya ada manusia makan untuk hidup dan ada pula manusia yang hidup untuk makan.  Di seluruh dunia, beberapa negara seperti Jepun, Vietnam, Thailand, China malah Malaysia mempunyai jenis-jenis makanan esotik tersendiri.

Asia merupakan sebuah benua besar yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya serta cara hidup. Atas faktor kepelbagaian kaum yang  terdapat di sesebuah negara itu, sudah pastinya terdapat pelbagai jenis makanan mengikut citarasa kaum. Makanan-makanan unik ini juga terhasil daripada kreativiti kaum pada sesebuah negara itu.  Pelbagai jenis haiwan yang dijadikan sebagai hidangan lazat di meja makan.

Haiwan-haiwan seperti ular, tenggiling, memerang, musang, monyet malah kucing dan anjing turut menjadi santapan manusia!   Hidangannya pula disediakan dalam pelbagai jenis citarasa seperti dijadikan sup panas-panas, darah segar di minum, otak monyet disedut, sup organ, digoreng malah turut dihidangkan bercili.  Sekali pandang nampaknya..hmm..begitu menyelerakan!. Tapi  tidak semua orang tergamak menjamahnya. Namun pada sesetengah orang pula ianya amat menyelerakan.  Lihat saja gambar-gambar berikut..

Sup otak anjing sedang dinikmati

Pada sesetengah orang, makanan-makanan esotik ini mungkin kelihatan jijik dan pelik kerana ianya sangat berbeza, unik dan menarik.  Mungkin juga tekak kita akan terus berasa loya  apabila makanan ini dihidangkan di depan anda biarpun tanpa sempat menjamahnya. Tetapi pada individu yang sememangnya menggemari makanan esotik ini, ianya boleh menjadikan makanan ini sebagai tujuan untuk menyihatkan tubuh badan, dijadikan snek atau kudapan mahupun untuk mendapatkan tenaga luar biasa.

Telur Semut Merah
Telur semut merah ini merupakan makanan kegemaran masyarakat di Thailand.  Makanan esotik ini biasanya dihidangkan dalam bentuk sup dan ianya boleh didapati di gerai-gerai jalanan sehinggalah ke restoran mewah.  Menurut dakwaan masyarakat Thailand,  telur semut merah ini sewaktu dimakan, ianya menjadi begitu lembut dan meletup di dalam mulut dengan rasa yang cukup istimewa.


Telur semut merah yang dijadikan sup
Jika kita mendapati air minuman dicemari sang semut, pastinya kita merungut tetapi di Thailand, Cambodia dan Vietnam telur semut dicari untuk dimakan.  Sup tersebut mengandungi telur dan anak semut yang dikatakan mempunyai tekstur yang lembut tetapi sedikit masam. Anda mahu mencuba?

Anak Ikan Mentah
Masyarakat Jepun pula memang terkenal dengan pelbagai makanan mentahnya.  Ikan-ikan kecil  dimakan mentah, dihirup seterusnya dikatakan ikan-ikan  tersebut menari kerana ianya berenang-renang di dalam mulut sebelum ditelan!  Apakah perbuatan segelintir manusia seperti  ini boleh dilabelkan sebagai kejam?

Anak-anak ikan mentah sedia untuk diratah

Tauhu Soya Peram

Tauhu yang diperam ini berbau busuk  adalah hasil dari proses penapaian tauhu tersebut. Walaupun baunya busuk, tapi makanan ini sangat popular di Taiwan, Jepun, Hong Kong dan China. Dikatakan sesiapa yang pernah merasainya buat kali pertama akan terus ketagih untuk makan lagi.  Bagi masyarakat Jepun tauhu busuk ini sering dijadikan sebagai sarapan pagi.
Tauhu busuk untuk sarapan pagi

Sup Kura-Kura
Sup ini boleh ditemui di negara Singapura. Kura-kura akan dimasak bersama herba Cina untuk menghasilkan sup yang sangat berkhasiat dan melazatkan. Berbeza dengan anggapan sesetengah orang, dikatakan rakyat moden Singapura menyukai sup kura-kura disebabkan teksturnya yang pekat dan berherba.
Sup kura-kura sedia untuk dimakan


Mangababaluts atau pembuat balut

Merupakan makanan tradisional dari Filipina dan menjadi kegemaran ramai.  Bahan asasnya adalah telur itik atau ayam. Telur tersebut mestilah telur yang sudah dieramkan dan hanya menunggu masa untuk menetas. Embrio telur yang sudah membentuk tubuh ayam atau itik yang sudah sempurna ini biasanya akan dimasak dengan rebusan kicap atau perisa dan dicicah dengan sos.  Menurut orang Filipina, makanan ini memang sedap dan menyelerakan tetapi awas semasa menikmati makanan ini kerana mungkin tulang atau bulu ayam akan terlekat di tekak!.

Telur itik separuh menetas yang direbus ini dikatakan mempunyai rasa yang sangat rangup.  Mangababaluts atau pembuat balut boleh ditemui di daerah Pateros, Manila.

Makanan esotik ini dikatakan mempunyai nilai khasiat yang tinggi


Beondegi

Beondegi atau dalam Bahasa Melayu bermaksud larva ulat sutera.  Beondegi ini menjadi  snek yang sangat popular di Korea Selatan. Pada kebiasaannya, makanan ini dihidangkan samada dengan merebus ataupun kukus, sebelum diletakkan perasa bagi menaikkan selera penggemarnya. Beondegi ini mempunyai rasa seperti kekacang yang rangup bila digigit dan bahagian dalamnya pula mempunyai rasa yang unik dan mungkin juga lemak. Emm..lemak disebabkan jus dari perut larva tersebut agaknya.

Larva yang dijadikan makanan ringan di Korea Selatan

 

Sebenarnya  terdapat banyak lagi makanan esotik di seluruh dunia yang pelik, namun di dalam agama Islam kita mesti memilih makanan yang bersih, suci lagi halal kerana makanan membentuk jiwa dan keperibadian.  Daripada apa yang kita makan akan membentuk darah daging kita malah terdapat juga makanan-makanan tersebut mengandungi bakteria berbahaya. Daripada paparan di atas, mana satukah pilihan anda untuk mencubanya buat pertama kali?  Jika ingin mencuba, silakan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Informasi

About the Author ()

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Leave a Reply